rangkaian keluarga keturunan SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI (Wajo Makasar 1352-1415 M) BIN AHMAD JALALUDDIN SYAH (AHMAD SYAH JALAL) melalui keturunannya SYED ALI NURUDDIN ZAINUL ALAM (Ali Nurul Alam).

21.11.12

sambutan minggu terakhir di pantai barat..


 membuat persiapan untuk majlis.. selepas selesai exam viva (oral exam) 


dapur kami...

menu kami...


sup kambing berherba diatas dapur....

daging kambing yang telah siap disiang..

tulang rusuk kambing....

Read more...

1.11.12

Titipan kasih buat isteri tercinta AL-FAQIRAH UMI KHALSOM BIN ABD AZIZ


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Duhai dinda…
Ampun di pohon kasih dijunjung,
Andai hadir mengundang singgung,
Tatkala duduk mahu pun bercangkung,
Kerna aku insan yang canggung.

Duhai dinda…
Mahabbah bersemi kasih bartaut,
Cinta berputik sayang tersangkut,
Demi junjungan rasul yg su’ud,
Melayar bahtera di alam kalut.

Duhai dinda…
Rindu berkasih rindu menanti,
Menanti kasih sampai kemimpi,
Mengharap redha dari illahi,
Agar berkat di kedua alam nanti.

Duhai dinda…
Idaman jantung idaman kalbu,
Mohon titipan mengisi rindu,
Tatkala kita telah di satu,
Agar utuh kekal selalu.

Duhai dinda…
Jangan ditagih harta dan permata,
Kerna aku insan yang sengsara,
Hanya cinta dan bahagia yang ada,
Untuk kita layari bersama-sama.

Duhai dinda…
Kekasih hati kekasih diri,
Tatkala berjauhan ataupun sekali,
Moga kita kekal abadi,
Dengan rahmat illahi ke syurga nanti.







27 april 2012 @ 15 30

Read more...

memori bergelar suami dan memikul amanah

ni gambar kenduri 28 mei 2012
lama benar tidak mencoret kt blog ni.. 2 tahun blog ni sunyi sepi. sbb tlalu sibuk dgn urusan.... jika dulu menulis masa zaman belajar.. now dah habi belajar dan dah bergelar suami org........

majlis akad nikah pada 5.05.2012.
di akad nikah kan oleh al-allimu allamah al-habib umar bien abdul aziez bein shihab

Read more...

22.3.10

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT....

Terdetik dihati ini untuk menulis tentang tajuk yang bagiku amat berat. Sepanjang pengamatanku dari zaman persekolahan peringkat menengah sehinggalah aku bakal menamatkan pengajian IPT. Aku lihat pelbagai kerenah wanita berkaitan penjagaan aurat. Hal ini menyentuh hatiku, apabila terkenangkan didikan yang diberikan di zaman sekolah menengah sedikit pun tidak meninggalkan kesan kepada mereka. Kenapakah masih ada insan yang dahulunya (zaman sekolah menengah) mampu untuk berudung labuh, berstokin kaki dan berstokin lengan, tapi kini apabila menjejakkan kaki ke IPT, semua itu berubah, apakah didikan selama 5 tahun di sana tidak mencukupi?? Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA: Aurat itu adalah bagi memakai tudung semata-mata.








KESALAHAN KEDUA: Bertudung tetapi berT-Shirt lengan pendek.




KESALAHAN KETIGA: Bertudung tetapi baju kurung terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT: Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda.


KESALAHAN KELIMA: Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya (gaya ala-ala mak datin).


KESALAHAN KEENAM: Bertudung tetapi hanya memakainya di sekolah, IPTA/IPTS sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.




KESALAHAN KETUJUH: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher (trend terbau, pinkan tudung pada bahagian belakang leher), maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.



KESALAHAN KELAPAN: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




KESALAHAN KESEMBILAN: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.



KESALAHAN KESEPULUH: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.






DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER (JANGAN MENILAI SEBUAH BUKU HANYA DARI KULITNYA)




Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.




Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi Katanya memberi buah fikirannya.




Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok tambah wanita ini lagi.Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?.



Nantikan huraian selanjutnya pada artikel akan datang....

Read more...

20.3.10

titisan air mata maulid...

19.03.10-Jumaat-Malam ni aku pulang ke hostel hampir jam 12. menghadiri majlis maulid yang diadakan oleh Jemaah Ahbabul Musthafa yang bertempat di Madrasah As-Sunniah di Cabang Empat. Tempat bapa saudarku yang juga mursyidku memberi tarbiah kepada anak buahnya. Aku bertolak ke sana lebih kurang 6.15 petang bersama sahabat sepengajianku Najmi dan budak junior bilik ku faiz. Kami sampai ketika hampir maghrib. Aku solat maghrib berjemaaah yang diimamkan oleh bapa saudaraku. Majlis dimulakan selesai solat dan wirid. Aku tergamam apabila disuruh bapaku untuk duduk disaff depan. Tempat yang biasanya diduduki oleh para ulamak sehaja. Terasa daif dan hina diri ini apabila memikirkan umur yang masih muda dan dosa yang telah banyak terpikul dibahu. Tapi, demi arahan, tetap aku turuti. Majlis dimulakan dengan bacaan Tartibul Fatihah oleh bapa saudaraku dan dikuti oleh bacaan Maulid Ad-Daibai dan diselangi dengan alunan nasyid. Seusai bacaan Maulid Ad-Dabai, kami dijamu dengan SANTAPAN ROHANI yang telah mengegarkan hati nuraniku. Suntikan kata-kata bapa saudaraku telah menyebabkan aku tidak mampu menahan takungan air mata ibarat empangan yang telah penuh. Lantaran kata-katanya itu, air mataku mengalir laju bak empangannpecah. Kata-katanya amat menyentuh nurani dan kalbuku. Beberapa kali aku cuba menahan, tetapi makin ditahan, hatiku makin sebak, terlalu berat beban yang aku pikul dibahuku sehingga tiba-tiba terkeluar dari mulutku “ YA RASULLAH…” lafaz itu tidakku rancang, ianya keluar secara sendiri. Ketika itula aku merasakan diriku seperti berada di awangan. Tubuh yang tadinya terasa berat tiba-tiba ringan. Kata-kata mursyidku sememangnya tajam dan berbisa, beliau mengingatkan kami agar menyuburkan kasih sayang kepada RASULLAH, menyemai mahabbah dan prihatin dengan penghinaan sesetengah manusia kepada KEKASIH ALLAH itu. Majlis bersurai selepas solat isyak dan sedikit jamuan nasi minyak. Seperti biasa la.. makan dalam talam.

Read more...

18.3.10

maulid....

Selasa. 17.03.10-hari ini kiranya agak memenatkan diriku juga. Kerana aku bangun agak lewat sikit pagi tadi.. lebih kurang pukul 7. sebabnya sebelum tidor pada jam 12. aku makan ubat untuk selsema. Lepas bangun, aku bersiap seperti biasa untuk menjalankan ibadah ku. Menjalani sesi latihan praktis klnikal di klinik kesihatan kedai lalat. Latihan praktikal berjalan biasa. Masa lunch, aku sempat la jugak melelapkan mata lebih kurang sejam di bilik pemandu, sebagai bekal untuk aktiviti malam ni. Abis kerja, aku terus ke rumah kakak ku untuk bersama-sama pulang ke rumah nenek untuk majlis sambutan MAULID S.A.W. alangkah gembiranya hati ini bila melihat sahabat-sahabat dan tetamu yang hadir begitu ramai. Majlis maulid bermula selepas solat isyk dengan bacaan maulid DAIBA’I yang dipimpin oleh bapa saudaraku yang juga mursyid ku. Al-Aalimul Al-Allamah, Ad-Da’i IlaLLAH, Al-Muhtaram, As Syekh, Al-Habib Abu Aswad Al-Kubra. Dan di selangi dengan alunan nasyid serta Qasidah yang memuji serta memuja ALLAH dan KEKASIHNYA S.A.W. selepas itu diikuti dengan Muidzah Hasanah oleh Mursyidku. Aku turut tersentuh dengan isi tazkirahnya tentang sikap manusia yang melupakan jasa RASULALLAH S.A.W.. selepa itu kami menikmati nasi nenas berlakukan sup kambing dan kambing bakar. Aku sampai ke asrama ku di beris jam 12.30 pagi dengan tubuh yang penat. Tapi aku tetap gagahi untuk menulis catatan ini.

Read more...

16.3.10

DOA ANGIN AHMAR

بسم الله الرمن الرحيــــــم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

Read more...

Penafian®.

KERIS ARJUNA tidak akan bertanggungjawab dengan setiap permasalahan yang timbul disebabkan penjelajahan anda ke blog ini.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP